Aqidah Wasithiyah pernah menyebabkan Syaikhul Islam, penulisnya, dihadapkan kepada forum debat terbuka, lalu dihadapkan ke mahkamah, bahkan beliau dipenjara kemudiannya. Ada apa dengan Aqidah Wasithiyah? Padahal kitab ini ditulis oleh Syaikhul Islam berdasarkan permintaan hakim (qadhi) daerah Wasith saat itu, dan kerana itulah kemudian dinamakan dengan Aqidah Wasithiyah?
Di dalamnya Syaikhul Islam di antaranya menuangkan pokok-pokok keyakinan dan prinsip yang dipegang oleh Ahlus Sunnah berkaitan dengan Asma` (nama-nama) dan Sifat Allah, yang setiap poin beliau tegakkan dengan dalil dan hujjah yang kukuh tak terbantahkan; dari al-Qur`an dan as-Sunnah, bahkan ijma' as-Salaf ash-Shalih.
Masalahnya, jika akidah yang diusung Aqidah Wasithiyah adalah akidah Ahlus Sunnah, lalu kenapa orang-orang berusaha menzhalimi dan menyumbat beliau ke dalam penjara, padahal sebahagian di antara mereka adalah orang-orang yang mengaku Ahlus Sunnah? Inilah barangkali yang menyebabkan kitab ini menjadi sangat penting untuk dikaji. Dan inilah buah karya hebat yang pernah menggetarkan singgahsana para pengikut kesesatan dan hawa nafsu.
Buku ini kemudian muncul menjadi lengkap dan detil, kerana disyarah oleh salah seorang imam Ahlus Sunnah abad 20, Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin. Buku Induk Akidah Islam ini, sekalipun berukuran cukup tebal, tapi disuguhkan dengan bahasa dan urutan sajian yang mudah difahami, dan memang diperuntukkan bagi semua kalangan. Selamat membaca!!!
