Di tengah bobroknya pemahaman ummat tentang aqidah, kitab ini layak dibaca, ditela'ah & dikaji agar ummat kembali kepada pemahaman yang benar menurut sunnah Rasulullah SAW.
Al-Imam Al-Barbahariy menamakan kitab aqidahnya dengan Syarhus Sunnah, mengapa demikian? Telah berkata Bisyir bin Harits, "Al-Islam adalah Sunnah, As-sunnah adalah Islam". Kerana Islam lebih butuh (perlu) terhadap Sunnah daripada Sunnah itu sendiri, kerana Al-Quran turun kepada Rasulullah SAW bukan kepada kita. Demikianlah para ulama Ahlussunnah terkadang menulis kitab aqidah mereka dengan istilah sunnah, seperti Al-Imam Ahmad bin Hanbal, Abdullah bin Ahmad bin Hanbal, Imam Al-Baghawi, Ibnu Abu Ashim, dan lainnya.
