Sinopsis
Golongan manakah yang selamat di antara sekian banyak golongan yang muncul di tengah-tengah umat Islam? Temukan jawapannya dalam buku ini. Buku ini memberikan penjelasan yang praktikal dan komprehensif tentang ciri-ciri golongan yang selamat, jalan dan cara meraihnya.
Buku ini juga mengajak anda menikmati tema-tema penting lain sebagai senjata mendapatkan keselamatan. Semua disajikan dengan bahasa yang mudah, metod penulisan yang argumentatif serta selalu merujuk kepada al-Quran dan al-Hadits yang shahih.
Penulis
Syaikh Muhammad bin Jamil Zainu (wafat 1431h.) merupakan di antara murid Syaikh al-Albani yang terkenal ilmunya, karya dan peribadinya. Karya-karya yang dihasilkannya sungguh begitu indah dan bermanfaat sekali. Ilmunya sangat luas dan gaya penulisannya begitu hebat.Beliau rahimahullah merupakan pengajar di Darul Hadis Khairiyah, Makkah al-Mukarramah, dan telah wafat pada hari Jumaat, 8 Oktober 2010/29 Syawal 1431 H, setelah solat Isya’. Jenazah beliau disolati oleh jama’ah di Masjidil Haram, Makkah.
